Saturday, 7 December 2013

JENIS-JENIS LAMAN WEB

Web Laman web terbahagi kepada dua kategori yang luas iaitu statik dan interaktif (dinamik). Laman web statik akan menyampaikan maklumat kepada pengunjung laman web tetapi tidak membenarkan interaksi antara laman web dengan pengunjung secara langsung manakala laman web interaktif memberi interaksi pengunjung laman web tersebut. Berikut adalah beberapa klasifikasi laman web.
LAMAN WEB AFFILIATE/ AFFILIATE AGENCY
  • Laman web affiliate bertujuan utama untuk menjual pembekal produk atas talian.
  • Selain daripada itu setiap produk yang dijual terdapat komisen diberikan kepada ahli laman web affiliate.
  • Manakala agensi affiliate pula mengumpul beberapa pembekal produk di dalam sebuah portal laman web.
  • Terdapat perjanjian yang telah dipersetujui antara pembekal produk dan pemilik laman web untuk memudahkan segala transaksi di dalam portal laman web ini.
LAMAN WEB BLOG (web blog)

  • Secara umumnya digunakan untuk mencatatkan diari dalam atas talian yang mungkin termasuk forum perbincangan.
  • Dengan perkembangan teknologi yang terkini dan keperluan pengguna Internet untuk mendapatkan maklumat dengan cepat ramai blogger menggunakan blog seperti editor akhbar untuk meluahkan idea dan pengetahuan dari segi politik,teknologi, agama, kekeluargaan, masakkan dan lain-lain lagi.
  • Ada setengah laman web blog membayar blogger mereka untuk subjek tertentu.


LAMAN WEB KOMUNITI

  • Sebuah Laman web di mana mengumpulkan pengunjung yang mempunyai minat yang sama contohnya kereta antik, pasukan bola sepak,telefon atau bandar/daerah tertentu di dalam satu laman untuk berkomunikasi antara sama sama lain.
  • Laman ini digunakan untuk bertukar-tukar pendapat,idea dan cadangan biasanya menggunakan chat atau papan mesej.

LAMAN WEB KORPORAT

  • Laman web yang dibangunkan menggunakan tema warna bagi sesuatu organisasi.
  • Laman ini memberikan maklumat mengenai latar belakang mengenai perniagaan seperti carta organisasi, perkhidmatan atau produk serta pelbagai aktiviti yang dilakukan oleh organisasi.

LAMAN WEB PERDAGANGAN ELEKTRONIK (e-dagang)

  • Laman web yang menawarkan barangan dan perkhidmatan untuk dijual atas talian.
  • Laman web ini juga dikenali sebagai perniagaan atas talian (online shop). 
  • Laman web ini menawarkan pembayaran atas talian dan penghantaran kepada pembeli.

LAMAN WEB KERAJAAN
  • Sebuah laman web yang direka bentuk untuk badan-badan kerajaan samaada dalam peringkat jabatan, daerah, negeri atau kerajaan bagi sesebuah negara.
  • Biasanya laman web ini bertujuan untuk memaklumkan mengenai aktiviti,pengumuman kepada ahli dan pengunjung kepada laman web kerajaan.

LAMAN WEB SEKOLAH

  • Laman web di mana guru, pelajar atau pentadbir yang maklumat mengenai aktiviti dan peristiwa semasa yang melibatkan sekolah mereka.
  • Selain daripada ada juga setengah laman web sekolah mengandungi Sistem Pengurusan Pembelajaran (Learning Management System) daripada konsep e-pembelajaran (E-learning).


LAMAN WEB ENGIN CARIAN (Search Engine)

  • Sebuah laman web yang indeks bahan di Internet atau intranet dan menyediakan pautan kepada maklumat.
  • Laman Web Enjin Carian yang popular ialah google.com, yahoo.com dan beberapa lagi.


LAMAN WEB WIKI

  • Sebuah laman web di mana pengguna boleh mengemaskini maklumat kandungan di Internet atau intranet.Contoh laman web seperti adalah Wikipedia, WikiHow, Wikia.



CIRI-CIRI LAMAN WEB

  • Satu atau lebih fail atau lebih dikenali sebagai mukasurat (page) yang disimpan dalam server komputer. Capaian adalah menerusi Internet. Setiap Web site mempunyai muka surat pertama yang disebut “Home Page” yang memaparkan maksud laman Web tersebut. 
  • Mukasurat-mukasurat ini kemudian disambung antara satu sama lain membentuk satu rangkaian yang berakhir dengan persembahan maklumat kepada pelayar Web. 
  • Laman Web lebih sukar untuk dikemaskini dan kebiasaannya ia memaparkan maklumat-maklumat berbentuk statik.
  • Selain itu , web site juga dapat dikiaskan (analogy) seperti sebuah buku cetak yang terdiri dari bab, anak bab (sub bab) dan isi. 
  • Dalam web site, bab merupakan menu dan sub bab merupakan sub menu. Namun demikian, web site dan buku cetak berbeda secara substansial sebab keduanya hidup pada media yang berbeda.
CIRI-CIRI ASAS PEMBINAAN LAMAN WEB

ü Warna yang sesuai.
ü Mudah dan cepat dibuka.
ü Jelas kepada sasaran (audien).
ü Penggunaan imej yang ringkas.
ü Menggunakan animasi yang minima.
ü Trend reka letak terkini dan tidak padat.
ü Saiz bukaan yang standard (640 x480 pixsel).
ü Mempunyai maklumat yang padat dan berkesan.
ü Butang kawalan yang jelas dan berfungsi dengan baik.
üMuka taip yang menarik, senang dibaca & menyampaikan mesej.

LAMAN WEB

PENGENALAN


Laman web yang dianggap sebagai Pintu masuk kepada laman web lain, kebiasaannya dengan menyediakan atau menjadi akses kepada enjin pencari.


Laman web ialah dokumen “HTLM” pada World Wide Web. Biasanya dokumen ini mengandungi hubungan hiperteks dengan dokumen lain pada World Wide Web.Dokumen ini biasanya berada pada pelayan web yang berlainan.Melayari web ialah melalui proses mengikutihubungan ini dari satu laman ke satu laman yang lain.

FUNGSI LAMAN WEB

Laman web berfungsi sebagai pintu masuk ke Internet, dengan menyediakan kandungan berguna dan capaian ke pelbagai laman web/tapak dan ciri-cirinya dalam Internet.

Reka bentuk laman web terbahagi kepada dua kategori iaitu: 
Promosi pengiklanan

Reka bentuk maklumat dalam grafik

Tujuan:

  • Memudahkan syarikat untuk berurusniaga dengan pelanggan dan juga untuk mempromosi produk serta perkhidmatannya.
  • Menjimatkan kos dan masa.

HOME PAGES

  • Home pege adalah halaman yang terpapar pada permulaan untuk melayari internet.
  • Mempunyai pelbagai topik dan tajuk.
  • Penggunaan elemen dan prinsip rekaan seperti warna, rupa, jalinan dan ilusi ruang yang terdapat pada “home page” memberikan kesan ekspresi emosi kepada audien.
  • Pergerakan grafik animasi seperti imej yang bergerak, memusing, melompat & sebagainya.

Thursday, 3 October 2013

Pembangunan Blog Dan Laman Web

Assalamualaikum.....

Kita dapat membincangkan konsep asas, isu dan teknik  pembangunan dan pembahagian laman web dan blog. Penekanan diberikan kepada mereka bentuk laman Web dan blog menggunakan perisian pengarangan multimedia, bahasa pengaturcaraan asas dan  memuat naik hasil laman Web dan blog