Sunday, 18 May 2014

PERANAN GRAFIK DALAM PENDIDIKAN


§ Bagi mengoptimumkan perkembangan anak. Terdapat teori tokoh mengatakan, perkembagnan kita hampir tidak terbatas. Kepentingan grafik amat penting dan tidak disangkal lagi.

§ Semakin banyak pancaindera digunakan semakin baik pembelajaran yang dapat. Grafik digunakan sebagai salah satu tempat penyalur maklumat. Medium ini digunakan sejak tadika lagi jika kita perhatikan.


§ Penggunaan perkakasan seperti pengimbas dan kamera digital sangat membantu dalam proses p&p.penggunaan imej kartum dalam p&p juga mampu memberi impak yang besar kepada pembelajaran.

Penyaduran maklumat yang berkesan

§ Medium ini dikaitkan dapat meyebarkan maklumat dengan berkesan kerana ia menyampaikan dengan terperinci. Sukar jika maklumat diterangkan hanya dengan tesk semata-mata. Dengan gambaran grafik seseorang lebih mudah untuk menerima matlumat.

Penyaduran maklumat dengan pantas

§ Jika menggunakan tesk sahaja ia akan meletihkan pelajar. Gambaran grafik akan menyokong dan akan menterjemahkan maklumat dengan pantas. Penekanan secara visual akan memudahkan pembelajaran dan mesej disampaikan.

Penekanan Terhadap Maklumat

§ Visualisi adalah satu proses yang amat penting dalam komunikasi .

§ Ini kerana seseorang pelajar dikatakan lebih mudah menerima apa yang diajar oleh guru apabila maklumat tersebut menggunakan ilustrasi dan visual yang sesuai.

Pengekalan Maklumat Dalam Igatan

§ Penggunaan grafik juga menyediakan paparan visual bagi menerangkan sesuatu dan ianya lebih mudah untuk diingati oleh seseorang pelajar.

§ Pelajar dapat mengekalkan fakta dalam igatan mengenai apa yang diajar melalui papran grafik seperti visual dan ilustrasi.

Maklumat lebih realistik

§ Melalui grafik pembelajaran dan suasana pembelajaran lebih realistik. Guru juga boleh menunjukkan seorang pelukis menghasillkan catan. Pelajar dapat aplikasi dari video yang mereka tonton. Melalui demontrasi video pelajar akan lebih cepat memahami pelajaran.

Grafik meningkatkan pekercayaan

§ Lumrah manusia akan lebih percaya jika mereka lihat sendiri. Grafik boleh meningkatkan kepercayaan pelajar. Meningkatkan motivasi, keadaan sosial, ekonomi dan pendidikan keluarga

No comments:

Post a Comment