Saturday, 7 December 2013

JENIS-JENIS LAMAN WEB

Web Laman web terbahagi kepada dua kategori yang luas iaitu statik dan interaktif (dinamik). Laman web statik akan menyampaikan maklumat kepada pengunjung laman web tetapi tidak membenarkan interaksi antara laman web dengan pengunjung secara langsung manakala laman web interaktif memberi interaksi pengunjung laman web tersebut. Berikut adalah beberapa klasifikasi laman web.
LAMAN WEB AFFILIATE/ AFFILIATE AGENCY
  • Laman web affiliate bertujuan utama untuk menjual pembekal produk atas talian.
  • Selain daripada itu setiap produk yang dijual terdapat komisen diberikan kepada ahli laman web affiliate.
  • Manakala agensi affiliate pula mengumpul beberapa pembekal produk di dalam sebuah portal laman web.
  • Terdapat perjanjian yang telah dipersetujui antara pembekal produk dan pemilik laman web untuk memudahkan segala transaksi di dalam portal laman web ini.
LAMAN WEB BLOG (web blog)

  • Secara umumnya digunakan untuk mencatatkan diari dalam atas talian yang mungkin termasuk forum perbincangan.
  • Dengan perkembangan teknologi yang terkini dan keperluan pengguna Internet untuk mendapatkan maklumat dengan cepat ramai blogger menggunakan blog seperti editor akhbar untuk meluahkan idea dan pengetahuan dari segi politik,teknologi, agama, kekeluargaan, masakkan dan lain-lain lagi.
  • Ada setengah laman web blog membayar blogger mereka untuk subjek tertentu.


LAMAN WEB KOMUNITI

  • Sebuah Laman web di mana mengumpulkan pengunjung yang mempunyai minat yang sama contohnya kereta antik, pasukan bola sepak,telefon atau bandar/daerah tertentu di dalam satu laman untuk berkomunikasi antara sama sama lain.
  • Laman ini digunakan untuk bertukar-tukar pendapat,idea dan cadangan biasanya menggunakan chat atau papan mesej.

LAMAN WEB KORPORAT

  • Laman web yang dibangunkan menggunakan tema warna bagi sesuatu organisasi.
  • Laman ini memberikan maklumat mengenai latar belakang mengenai perniagaan seperti carta organisasi, perkhidmatan atau produk serta pelbagai aktiviti yang dilakukan oleh organisasi.

LAMAN WEB PERDAGANGAN ELEKTRONIK (e-dagang)

  • Laman web yang menawarkan barangan dan perkhidmatan untuk dijual atas talian.
  • Laman web ini juga dikenali sebagai perniagaan atas talian (online shop). 
  • Laman web ini menawarkan pembayaran atas talian dan penghantaran kepada pembeli.

LAMAN WEB KERAJAAN
  • Sebuah laman web yang direka bentuk untuk badan-badan kerajaan samaada dalam peringkat jabatan, daerah, negeri atau kerajaan bagi sesebuah negara.
  • Biasanya laman web ini bertujuan untuk memaklumkan mengenai aktiviti,pengumuman kepada ahli dan pengunjung kepada laman web kerajaan.

LAMAN WEB SEKOLAH

  • Laman web di mana guru, pelajar atau pentadbir yang maklumat mengenai aktiviti dan peristiwa semasa yang melibatkan sekolah mereka.
  • Selain daripada ada juga setengah laman web sekolah mengandungi Sistem Pengurusan Pembelajaran (Learning Management System) daripada konsep e-pembelajaran (E-learning).


LAMAN WEB ENGIN CARIAN (Search Engine)

  • Sebuah laman web yang indeks bahan di Internet atau intranet dan menyediakan pautan kepada maklumat.
  • Laman Web Enjin Carian yang popular ialah google.com, yahoo.com dan beberapa lagi.


LAMAN WEB WIKI

  • Sebuah laman web di mana pengguna boleh mengemaskini maklumat kandungan di Internet atau intranet.Contoh laman web seperti adalah Wikipedia, WikiHow, Wikia.



No comments:

Post a Comment